




Ujian ovulasi merupakan sejenis ujian kesuburan wanita yang boleh dilakukan sendiri di rumah atau di klinik, bagi mengesan hari ovulasi. Hari ovulasi ialah hari pengeluaran telur matang, atau biasa dipanggil hari subur. Melakukan hubungan intim pada atau beberapa hari sebelum hari ovulasi muncul meningkatkan peluang kehamilan wanita yang nak hamil cepat.
Anda boleh gunakan kit OPK dari Efferty untuk nak bantu anda kesan hari ovulasi dengan mudah dan tepat.
Anda boleh melakukan ujian pada bila-bila masa, tetapi ia sepatutnya dilakukan pada waktu yang lebih kurang sama setiap hari. Saranan kami ialah melakukan ujian ovulasi dengan kit OPK Efferty pada pukul 12 tengah hari setiap hari anda tak haid.
Anda disarankan untuk mengurangkan pengambilan minuman kira-kira 2 jam sebelum melakukan ujian ovulasi menggunakan kit OPK Efferty. Sebelum mencelup kit, kumpulkan sampel urin ke dalam cawan atau bekas yang bersih dan kering. Kemudian, gunakan kit OPK Efferty mengikut saraan penggunaan.
Tidak. Hasil ujian mesti dibaca bawah 2 minit. Oleh itu, kami sarankan untuk tidak mencelup kit lebih dari 2 minit atau setelah sampel urin mencecah strip warna pink pada batang kit.
Hasil keputusan kit OPK yang muncul selepas merendam kit lebih dari 5 minit adalah ralat daripada penggunaan kit, jadi keputusan yang muncul adalah tidak tepat. Oleh itu, gunakan kit OPK Efferty mengikut saranan kami untuk menjamin keputusan yang tepat.
Hasil keputusan kit OPK yang telah digunakan boleh disimpan di dalam buku nota sebagai rekod pemantauan kesuburan yang boleh dikongsikan bersama doktor anda.
Hak Cipta © 2026 Efferty International Sdn Bhd. Hak cipta terpelihara.